Bubur Lambuk Trad.
Ramadhan dah nak tiba.Sana sini umat manusia sibuk berinfak untuk memberi makan juadah berbuka,moreh dan sahur.
Kami di sini menyediakan perkhidmatan menyediakan bubur lambuk tradisi sejak 2002 lagi.
Namun kami hanya tertumpu di kawasan kami sahaja iaitu Taman Maznah,Klang
Atas permintaan ramai,kami diminta untuk melebarluaskan perkhidmatan kami ini pada tahun 2024 ini.Kami akan cuba seterdaya yang mungkin untuk mengedarkannya di surau atau masjid atau kediaman golongan B40 atau pejabat atau mana-mana lokasi cadangan dari penderma
Dengan hanya RM750,penderma dapat menyumbang sebanyak 300 bekas seperti dalam gambar di bawah
Sekiranya penderma ingin meminta kami menghantar ke destinasi lain,boleh berbincang awal dengan kami untuk pengurusan penghantaran (mungkin akan ada kos tambahan)
Selesai urusan serahan,kami akan maklumkan kepada penderma.
InsyaAllah niat anda yang mulia,akan kami sampaikan
Anda boleh menderma serendah 1 bekas bubur lambuk trad.Namun kami akan edarkan apabila mencukupi 1 periuk iaitu bersamaan 300 bekas
Buy Now