Back

Buku Bijak Merancang Wang

Rated 5 stars out of 5
(18787 Looking for this)

RM37.00

Quantity
0 item available
More Info

.

Beli di Shopee. Klik Sini..

.

Buku Bijak Merancang Wang oleh Afyan Mat Rawi Teknik Perancangan Kewangan Pengurusan Pendapatan Dan Harta Pusaka

 

Muka Surat: 326
Penerbit: PTS PUBLISHING HOUSE
Penulis: AFYAN MAT RAWI
Tahun Terbitan: 2021
Halaman: Berwarna

 

 

 

Membaca buku Bijak Merancang Wang ibarat membaca buku peta, maka membuat perancangan kewangan umpama kita merancang perjalanan.

 

Sebelum memulakan perjalanan, kita perlu merancang :

 

1. Dari mana kita bermula?

 

2. Ke mana arah tuju?

 

3. Bagaimana caranya?

 

4. Berapakah jarak masa?

 

Sebagai anologi mudah, apabila kita mahu ke suatu tempat yang belum pernah dituju dan tidak mengetahuinya, kita akan menggunakan aplikasi Waze ataupun Google Maps sebagai panduan.

 

Samalah juga dalam merancang kewangan, kita perlu mengetahui :

 

1. Dari mana kita hendak BERMULA

 

2. Ke mana arah TUJUAN

 

3. Bagaimana CARANYA

 

4. Berapa jarak MASA

 

Sekiranya kita tersasar jauh, kembali kepada matlamat asal tanpa perlu menoleh ke belakang.

 

Pelaburan bagi mendapatkan buku Bijak Merancang Wang ini adalah satu pelaburan yang berbaloi.

 

Dengan wang itu, pembaca akan mendapat satu perspektif baru tentang perancangan kewangan.

 

Ada pelbagai topik yang dibincangkan dalam buku ini, yang penulis rangkumkan kepada beberapa bahagian dan subbahagian.

 

Ini merangkumi topik-topik yang berkaitan dengan perancangan kewangan secara keseluruhan yang bermula daripada pengurusan pendapatan sehinggalah topik tentang pengurusan pusaka apabila kita meninggal dunia kelak.

 

 

INILAH MASANYA UNTUK KITA BELAJAR UNTUK MENYIMPAN

 



Kita sangkakan tahun 2021 akan lebih baik dari 2020 tapi terbalik, kes COVID-19 makin meningkat dari hari ke hari. Ada antara kita yang terkesan teruk dari segi ekonomi, tak kisah bagi yang bekerja ataupun berniaga. 

 

Sekarang ialah waktu yang terbaik untuk kita belajar cara yang betul untuk merancang wang kita. Masa-masa gentir ini juga banyak skim-skim pelaburan yang nampak terlalu bagus muncul. Jangan kita tersalah pilih dari niat nak tambah wang jadi lebur wang.

 

7 TIPS MENYIMPAN UNTUK "BEGINNERS"
 

1) Mempunyai matlamat kewangan
 

2) Mulakan dengan mindset jutawan 
 

3) Membuat perancangan kewangan
 

4) Tingkatkan pendapatan
 

5) Kurangkan perbelanjaan 
 

6) Simpan dan labur
 

7) Pertahankan Aset

 

 

 

 

 

KELEBIHAN PELABURAN EMAS YG TIADA PADA PELABURAN LAIN

 

1. Pelaburan emas, secara prinsipya sama dengan SEMUA pelaburan yg ada di atas muka bumi ini.

 

2. HANYASANYA orang yg ada ILMU sahaja yg akan sukses, ug tiada ilmu akan gagal. Ia terpakai dalam SEMUA jenis pelaburan. Orang yg melabur dengan ikut-ikutan, takkan ke mana.

 

3. Dan semua pelaburan ada naik dan turunnya, tidak kira ia pelaburan saham, pelaburan hartanah, pelaburan sahama amanah dan lain-lain.

 

4. Setiap satu pelaburan ada kelebihan masing-masing dan pelabur yg bijak ialah pelabur yg mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka.

 

5. Namun, ada satu keistimewaan yg pelaburan emas yg saya pelajari dari posting Tuan Mohd Zulkifli Shafie, seorang pelabur, peniaga dan sifu pelaburan emas yg selalu saya rekomen jika ada rakan-rakan atau klien yg bertanyakan tentang pelaburan emas.

 

6. Keistimewaan pelaburan emas ialah, ia tidak berada dalam sistem kewangan yg ada di dunia pada masa kini.

 

7. Apa maksudnya? Maksudnya, pemilikan emas tidak seperti pemilikan rumah, pemilikan saham, pemilikan saham amanah dan lain-lain pemilikan harta di dunia - yg rekodnya disimpan oleh pihak lain seperti bank, syarikat saham, sayarikat saham amanah dan sebagainya.

 

8. Jadi, dengan kelebihan ini, hanya pemilik emas sahaja yg tahu nilai sebenar kekayaan yg dimilikinya.

 

9. Malah, sekiranya berlaku worst case scenario dalam kewangan seseorang iatu jatuh bankrap - apabila aset-aset lain terpaksa dicairkan atau dibekukan atau disita seperti simpanan bank, saham, hartanah, unit amanah, Tabung Haji, ASB dan lain-lain - emas yg disimpan rapi oleh pelaburnya tidak akan dapat dikesan oleh mana-mana pihak.

 

10. Mungkin ada orang akan kata, "simpan duit bawah bantal pun tak ada orang tahu". Ya betul, tapi nak simpan RM150,000 tunai bawah bantal jika dibandingkan dengan menyimpan 1kg emas yg berharga sama, mana lebih mudah? 

 

11. Namun, ia mempunyai syarat yg ketat iaitu emas yg dibeli perlu disimpan sendiri. Bukan beli emas melalui akaun bank atau beli emas kemudian dipajak pada ar-rahnu. Apatah lagi pelaburan emas delay / beli emas dapat duit bulan-bulan yg sah-sah adalah scam.

:)

- Afyan, IFP

Petikan daripada Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW

 

 

 

7 Langkah Memperbaiki Kewangan Tahun 2021

 

1. MULAKAN DENGAN MATLAMAT KEWANGAN YANG JELAS.

Berapa simpanan yang diperlukan? Berapa pendapatan yang diinginkan? Berapa hutang yang perlu diselesaikan? Buat senarai.  

 

Dengan matlamat yang jelas, memudahkan kita untuk mengambil tindakan yang betul bagi menghasilkan sasaran yang diinginkan.  

 

2. PERBAIKI MINDSET KEWANGAN  

Mengekalkan mindset kewangan yang lama untuk mendapatkan hasil yang baru adalah gila. Apabila mindset berjaya diubah, tindakan dan hasil akan berubah.

 

Tambah ilmu kewangan. Ini cara untuk memperbaiki mindset kewangan kita. Makin tinggi ilmu kewangan, makin mudah nak capai matlamat kewangan.  

 

Cara paling mudah untuk tambah ilmu ialah baca buku kewangan. Jika sebulan 1 buku, setahun sekurang-kurangnya 12 buku. Buku yang dicadangkan: Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW.

 

3. BUAT PLAN TINDAKAN  

Berdasarkan matlamat tadi, perlu ada plan tindakan spesifik yang perlu dilakukan sepanjang tahun. Apa yang perlu dilakukan setiap bulan, setiap minggu dan setiap hari. Buat senarai berdasarkan matlamat pada No 1 tadi.  

 

Buat rekod aliran tunai untuk melihat memantau perkembangan kewangan dari masa ke masa. Ia penting untuk melihat sama ada pelan tindakan kita berjalan sebagaimana dirancang.  

 

4. TINGKATKAN PENDAPATAN

Jangan bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Semua jenis bisnes dan pekerjaan, mempunyai risiko ketidaktentuan pasaran masa hadapan. Jadi, pelbagaikan.  

 

Tidak kira anda makan gaji, kerja sendiri atau berniaga, perlu tambah sumber pendapatan melalui perniagaan baru. Pilih perniagaan yang dapat dimulakan dengan modal rendah dengan potensi keuntungan yang tinggi.  

 

Tingkatkan nilai diri supaya dapat memberi lebih nilai kepada orang lain dalam pekerjaan dan bisnes kita. Nilai tambah ini mempu meningkatkan tawaran kita kepada majikan atau pun pelanggan.

 

5. URUS & KAWAL PERBELANJAAN

Apabila pendapatan berjaya ditingkatkan, pastikan perbelanjaan tetap terkawal.

 

Jangan bazirkan wang untuk membeli simbol-simbol kekayaan. Ia tidak memberi nilai tambah kepada diri sendiri dan kepada kewangan kita.

 

6. SIMPANAN DAN PELABURAN

Mula-mula tingkatkan simpanan. Apabila kita berjaya tingkatkan pendapatan dan kawal perbelanjaan, maka kita ada wang lebihan untuk tambah simpanan.

 

Kemudian boleh mulakan pelaburan. Simpanan sahaja tidak memadai untuk tingkatkan kewangan. Kita perlu juga kepada pelaburan.

 

Boleh mulakan dengan pelaburan yang mudah dengan modal yang rendah seperti emas dan unit trust. Untuk jangka masa panjang, boleh juga pelbagaikan pelaburan kepads hartanah, saham, private mandate dan sebagainya.

 

7. PENGUKUHAN DAN PERTAHANAN ASET

Lindungi harta dan aset dengan perlindungan takaful. Pastikan takaful yang anda langgan memenuhi keperluan perlindungan pendapatan, pengekelan aset dan penyelesaian hutang. Takaful bukan untuk pelaburan.

 

Buat perancangan pusaka dan wasiat untuk memastikan harta yang dimiliki dapat dimanfaatkan oleh waris dan tidak berlaku perebutan.

 

Perancangan cukai juga tak dilupakan supaya dapat tidak diambil tindakan undang-undang akibat lari cukai. Sedekah dan derma juga perlu dijalankan seiring dengan peningkatan harta supaya dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

 

Akhir sekali, jangan lupakan zakat untuk menyucikan harta kita. Dalam harta kita ada milik orang lain yang ALLAH sudah tetapkan.

 

Belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW

 

Topik ini terkandung dalam modul kewangan dalam Buku Bijak Merancang Wang.  

 

Boleh dapatkan #bukuBMW yang mengandungi modul kewangan secara tersusun:

 

1. Aliran tunai

2. Pengurusan aset dan hutang

3. Simpanan

4. Perlindungan

5. Pelaburan

6. Penyucian

7. Pewarisan

 

Sebagai pengguna, kita patut tahu fungsi dan peranan setiap produk kewangan. Ia saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain.  

 

 

 

REVIEW (goodreads.com)

 

"Buku panduan Yang lengkap sebagai rujukan untuk perancangan kewangan peribadi. Pendekatan Tuan Afyan sangat seimbang Dan selamat. Tidak terlalu tumpukan kekayaan Dan tidak Pula melupakan aspek pelaburan. Menyentuh hampir kesemua aspek kewangan Dan serba sedikit penerangan bagi setiap aspek berkenaan. Aspek-aspeknya ialah:

1. Pengurusan aliran tunai

2. Pengurusan aset bersih

3. Simpanan

4. Perlindungan

5. Pelaburan

6. Penyucian

7. Pewarisan

Sangat sesuai untuk Muslim Yang ingin belajar tentang pengurusan kewangan peribadi. Turut disokong oleh Bro Firdaus Wong."

- Mohd Hafiz

 

 

"Was a HEAVY read and I genuinely think that I don’t really managed to grasp all of it from only reading it once 😂.(hence the many annotations & tabs for future references 🥶) but was it worth it squeezing my brain cells reading this book? YES 💯💯💯 It covers everything from your personal cash flow to investments to inheritance (pewarisan selepas kematian)."

- Nora Shahidah

 

 

"Buku ni basically adalah based on seminar BMW yang dikendalikan oleh penulis. Diterjemahkan dalam bentuk penulisan dan digayakan dengan penuh warna warni dalam buku terbitan PTS. Kalau korang jenis zero ilmu urus kewangan, buku ni baik untuk dibaca. Sebab apa? Sebab penulis susun comei lotey, apa yang perlu adibuat dari A to Z."

- Syawal Ameron

 

 

"Buku yang amat sesuai bagi mereka yang ingin merancang kewangan. Model kewangan INFAQ yang diterangkan oleh penulis sangat mendalam rasa macam hadir dalam seminar siap ada nota untuk kita isi tentang bagaimana nak mengurus kewangan"

- Yus Baco

 

 

 

𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗔𝗳𝘆𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘁 𝗥𝗮𝘄𝗶?

Beliau merupakan seorang perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM – Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia. 

 

Beliau juga berpengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan di Malaysia semenjak tahun 2003, sebaik sahaja graduat daripada Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

 

Tulisan-tulisan beliau selalu tersiar di MajalahNiaga.com, Harian Metro, Majalah Solusi, Majalah Labur, Prospek Hartanah Malaysia, The Vocket dan lain-lain.

 

Malah belliau juga pernah tampil beberapa kali secara langsung dalam rancangan “Magnet Diri”, dan “Assalamualaikum”, “Maqasid Syariah” di TV Al-Hijrah, “Wanita Hari Ini”, “Syariah Meja Bulat” “Borak Kopitiam” di TV3, Bernama Radio dan Kool FM TV

 

 

Package Include :
1x Buku Bijak Merancang Wang

 

 

Chat with seller