Blurb Hai Encik Jodoh
“Oh ya Luqman, awak handsome lah.” – Fifi
Selepas sekian banyak janji temu buta yang mamanya aturkan, kali pertama dia berkenan dengan calon encik jodohnya. Namun... dia tersalah orang! Paling memalukan lelaki itu kekasih perempuan lain!
Kerana insiden itu Luqman putus cinta. Niatnya hendak bawa kekasih hati berjumpa keluarganya dan terus merancang perkahwinan mereka. Kerana salah sangka Raisya menerima lamaran lelaki lain.
Sangka Fifi semuanya sudah berakhir. Namun, Luqman muncul dan akan menggantikan Datin Khadijah yang akan pergi menunaikan umrah. Rupa-rupanya Luqman adalah anak lelaki sulung Datin Khadijah. Dia tahu dia tak boleh lari dari Luqman yang memang berdendam dengannya.
“Buat masa ni saya tak boleh fikir apa saya nak. Tapi buat masa ni cukuplah sekadar awak jadi hamba abdi saya untuk sebulan ni.” – Luqman.
Bermulalah kisah Luqman membuli Fifi. Mahu tak mahu Fifi terima juga segala hukuman kerana sedar akan salahnya. Sehinggalah pada suatu hari mereka bertemu dengan bekas tunang Luqman, Nadia.
“Kenalkan Fifi. Sayang I. Buah hati I. Cinta hati I sampai Jannah.” – Luqman.
Pertemuan demi pertemuan dengan Nadia menyebabkan hubungan palsu Luqman dan Fifi sampai ke pengetahuan Datin Khadijah. Sebaik pulang dari umrah Datin Khadijah terus meminang Fifi untuk puteranya.
“Kita kena kahwin betul-betul ke?” – Fifi
“Tolonglah jangan perasan sangat. saya tak terfikir pun pasal kahwin sekarang. Kalau saya nak kahwin pun, bukan dengan awak.” – Luqman
Tarikh pernikahan mereka semakin hampir. Namun Luqman gagal mencari alasan untuk membatalkan pernikahan mereka. Dia meminta bantuan Fifi untuk mencari alasan, Kali ini giliran Fifi untuk kenakan Luqman. Dia menolak permintaan lelaki itu.
“Orang dah pesan jangan bohong. Bohong lagi. Padan muka encik. hadaplah isteri senget macam saya ni. Jangan fikir nak lari pulak. Malu Datin nanti.” – Fifi
Apakah pengakhiran kisah mereka?
Adakah Luqman akan pasrah dengan jodohnya?
Buy Now