EBOOK INI TIDAK DIBENARKAN UNTUK DIKONGSI , DIJUAL SEMULA, ATAU DIEDAR TANPA KEBENARAN PENERBIT.
48 JAM PENGHANTARAN FILE
PDF SAHAJA
PASTIKAN ALAMAT EMEL ATAU NO TELEFON YANG BETUL.
13 K WORDS (150 Pages)
Ebook ini terdapat dalam buku My Last BoyFriend
“HAI bang... ingat saya lagi tak?” Terjah seseorang di hadapan kaunter.
Takkanlah Ariff lupa. Baru je jumpa tiga hari lepas. “Hah... kamu... apa ya nama kamu?”
“Teja. Teja Zahra.” Dia tebarkan pandangan di sekeliling ruang kafe.
“Bang, kalau abang free, saya nak pinjam masa abang kejap.”
“Hish, kamu tahu kan....” Ariff mula rasa tak selesa.
Pertemuan bersama Teja, membuatkan hidup si bekas playboy menjadi huru hara. Lebih-lebih lagi sikap menyakat Teja yang tak pernah membuat dirinya bertenang. Apakah Teja mampu membuatkan Ariff melupakan wanita yang menjadi penyebab dia letak jawatan sebagai buaya darat?
Dan adakalanya Teja meragui hati Ariff. Adakah lelaki itu pun rasa apa yang sedang dia rasakan?
“Kadang-kadang kepercayaan kita pada orang lain dan diri sendiri pun boleh goyah. Takut nak percaya. Takut nanti terluka lagi. Tapi, rasa takut tu sebenarnya membantu. Mungkin buat kita berhati-hati. Mungkin nak ajar hati kita lebih kuat. Mungkin jugak nak cakap yang hidup memang begitu. Ada naik turun. Tanda kita tak sempurna. Kalau satu keburukan boleh membunuh beratus- ratus kebaikan dia, maknanya kita belum cukup cinta pada dia sebab makhluk Allah sememangnya tak akan pernah sempurna.” - Arif
Buy Now