Hello,Mr Cleaner
“Ini Rayyan lah. Tak ada apa yang Rayyan Dzikrullah tak boleh buat. Setakat jadi cleaner tu petik jari aje.” – Rayyan Dzikrullah.
Dia anak bongsu dari tiga beradik. Anak tunggal lelaki pasangan Datuk Razak dan Datin Aryana. Sejak kecil hidup dalam limpahan harta dan dimanja oleh keluarganya. Habis belajar dia mahukan jawatan CEO di syarikat papanya. Namun dia harus melepasi dua orang kakaknya yang sudah lima tahun bekerja dengan ayahnya.
Demi jawatan CEO dia sanggup menerima cabaran menjadi tukang bersih pejabat. Tiga bulan dia harus bekerja sebagai tukang bersih pejabat tanpa boleh mengeluh atau mengadu penat.
“Mr Clenaer kacak bak bidadara syurga. Sangat luar biasa dan aneh. Rasanya awak lebih layak jadi model dari tukang sapu ni.” – Seri Ammara.
Anak yatim piatu. Dibesarkan oleh nenek angkatnya. Terpaksa bekerja keras untuk penghidupan dia dan neneknya. Hanya lulusan SPM. Bekerja sebagai pembersih pejabat di syarikat ayah Rayyan. Diberikan tugas untuk memberi tunjuk ajar kepada Rayyan tentang tugas seorang tukang bersih pejabat.
Pada mulanya Rayyan bekerja hanya untuk mencapai impiannya untuk menjadi CEO. Namun lama-kelamaan dia belajar tentang kehidupan dari Seri. Cinta berputik buat gadis itu tanpa dia sedari.
Namun Rayyan sedar sesuatu. Seri bukan calon menantu idaman mamanya. Dan juga dia merahsiakan tentang dirinya yang sebenar dari Seri.
“Saya benci penipu.” – Seri Ammara.
Mampukan Seri memaafkan Rayyan seandainya rahsia itu terbongkar?
Adakah Datin Aryana akan merestui mereka?
Buy Now