“Awak boleh tolong saya tak?” – BALQISH
“Tolong? Tolong apa?” – ADAM
“Tolong kahwin dengan saya.” – BALQISH
Kerana mahu mengelak dari sepupunya ROSLI yang gila harta BALQISH sanggup melamar, ADAM yang baru sahaja dikenalinya. Dia memang gila. Benar-benar gila! Tapi bagi BALQISH pasti Allah ada perancangan lain kenapa hatinya terdorong melamar ADAM.
ADAM pula dihalau dari rumah kerana fitnah adiknya sendiri. Dia hilang jawatan, harta dan keluarga kerana fitnah itu. Malah tunangnya sendiri termakan fitnah dan berkahwin dengan adiknya. Lamaran Balqish diterima dengan kecil tapak tangan, nyiru dia tadahkan. Niatnya hanya mahu membantu Balqish lepas dari Rosli selain memang sangat mahukan bantuan gadis itu.
Maka bermulalah hidup mereka sebagai suami isteri segera. BALQISH rasa seronok kerana ROSLI tidak lagi menganggunya. Manakala ADAM dengan bantuan BALQISH mendapat kerja di sebuah restoran makanan segera. Segalanya berjalan dengan lancar sehingga munculnya FAZIRA, bekas tunang ADAM.
“I dah tau perkara sebenarnya. I nak mintak maaf. Tolong terima I kembali. I tak bahagia dengan dia.” – FAZIRA
Kehadiran FAZIRA membongkar identiti sebenar ADAM. Keluarga ADAM datang meminta maaf setelah perkara sebenar terbongkar.
BALQISH pasrah kalau ADAM menceraikannya dan kembali ke kehidupan lama.
Adakah ADAM akan kembali ke pangkuan FAZIRA atau terus setia menjadi suami BALQISH?
Buy Now