BLURB
“Hajat dan permintaan saya... Jangan mungkir janji ya. Saya nak kahwin dengan anak CEO Amsyar Huzair Tan Sri Faruk.” – Kayla
Permintaan mengarut Kayla membuatkan Huzair terkejut. Lebih mengejutkan papanya setuju. Dia menjadi hadiah kemenangan Kayla dalam satu pertandingan yang dinajurkan syarikat keluarganya. Perkahwinanya dengan Kayla dalam masa sebulan lagi. Sedangkan dirinya langsung tidak bersedia untuk berkahwin.
“Kenap kau sibuk-sibuk nak kahwin dengan aku? Kau bukan tak tau aku macam mana. Playboy. Jadi isteri aku... memang kau makan hati. Lagipun memang confirmlah aku tak akan cintakan kau.” – Amsyar Huzair
Ada sebab kenapa Kayla mahu berkahwin dengan Huzair walaupun dia akan menanggung risiko akan dibenci lelaki itu selepas berkahwin. Demi permintaan seseorang yang mahu melihat Huzair berubah, dia sanggup korbankan dirinya. Namun usahanya gagal. Huzair terus-terusan membuat hatinya sakit. Akhirnya dia putus asa.
“Memang kubur kita lain-lain Huzair. Tapi awak mesti nak orang yang paling awak cintai jadi bidadari syurga awak. Macam mana awak nak bersama bidadari awak kalau awal-awal lagi awak dah pilih jalan ke neraka.” – Kayla
Saat Huzair sedar hatinya telah dicuri oleh Kayla, gadis itu telah pergi. Dia mengejar cintanya namun Kayla menolak. Putus asa tak pernah ada dalam kamus hidup Huzair. Berjanji untuk berubah dan terus mengejar untuk memiliki Kayla.
“Hati saya dah retak sebab awak tinggalkan saya. sekarang tanggungjawab awak balik cantum hati saya dengan cinta awak." – Huzair
Mampukah Huzair memiliki Kayla semula?
Buy Now