Bakhoor ialah cebisan kayu (wood chip) yang direndam di dalam wangian (fragrance) untuk di bakar bagi mendapatkan haruman yang lebih lama dan wangi. Bakhoor digunakan secara meluas di Negara-negara Timur Tengah ketika perayaan-perayaan dan juga digunakan setiap hari bagi memberikan haruman yang baik di dalam rumah. Kaum wanita di Saudi membakar bakhoor dan dibawa kesetiap ruang dan bilik bagi memberikan bau yang menyenangkan. Mengikut sunnah, Rasulullah SAW dan Para Sahabat akan membakar wangian ini ketika berada dalam majlis-majlis ilmu, berzikir, membaca Al-Quran atau sebagai haruman di dalam rumah. Pembakar bakhoor yang unik dan berbagai bentuk juga boleh dijadikan sebagai hiasan di rumah juga. Rumah lebih wangi, cantik dan pastilah penghuninya juga akan lebih sihat dengan bau-bauan yang segar ini. Imam Bukhari menyatakan bahawa oudh ialah bauan yang dapat menguatkan fizikal dan juga mental seseorang. Dengan kehidupan yang semakin sibuk dan stress, anda boleh jadikan membakar bakhoor sebagai satu terapi kepada badan dan otak anda. In sha Allah, bauan yang harum ini dapat memberikan aura-aura positif di sekitar kawasan rumah dan yang penting dalam diri kita.
Kami ada menyediakan pelbagai jenis Bakhoor pada harga yang lebih murah untuk anda gunakan sebagai kegunaan harian.
“Ibnu Umar apabila ingin berwangi maka dia akan berwangi dengan kemenyan, tanpa mencampurkan dengan bahan lain, atau berwangi dengan kafur, atau mencampurkan kafur dan kemenyan. Dia berkata: “Beginilah Rasulullah SAW berwangi.” Hadis riwayat Muslim (2254)