Juliet tidak tahu siapa yang membunuh rakan sebiliknya. Tetapi seluruh dunia yakin… dialah pelakunya. Diburu, terperangkap, dan tidak punya sesiapa untuk mempercayai, Juliet melarikan diri hanya untuk jatuh ke dalam tangan seorang lelaki yang tidak pernah sepatutnya wujud dalam hidupnya.
The Vesper. Lelaki yang dikatakan mampu menghilangkan sesiapa. Tiada siapa tahu wajahnya. Tiada siapa tahu siapa dia sebenarnya. Cuma satu perkara pasti, sesiapa yang keluar dari dunianya, tidak pernah kembali sebagai orang yang sama.
Dia bersetuju membantu Juliet melarikan diri daripada tuduhan tetapi dengan satu syarat yang mustahil ditolak... sebuah perkahwinan
“Kahwin kontrak? Awak gila ke?” - JULIET
“Sign it or get the hell out,” - THE VESPER
Perkahwinan itu sepatutnya hanya kontrak. Tiada cinta. Tiada emosi. Tiada rahsia. Namun setiap malam bersama lelaki itu mencipta 1001 persoalan dalam kepalanya. Apabila mulut dibuka, setiap jawapan yang dia temui hanya membuka rahsia yang lebih berbahaya.
Siapakah sebenarnya The Vesper?
Apabila kebenaran akhirnya terbongkar, Juliet sedar dia bukan sekadar terperangkap dalam perkahwinan kontrak, tapi dia terperangkap dalam permainan seorang lelaki yang telah lama memerhatikannya dari bayang-bayang. Lelaki yang bukan sekadar mahu melindunginya daripada dunia… tetapi mahu memilikinya daripada dunia itu sendiri.
“Awak rancang semua ni?” - JULIET
“I give you a choice. But you’re the one who walked through that door,” - THE VESPER
Buy Now